PRESENTATION OUTLINE
SAHSIAH GURU
Dalam konteks sejarah pendidikan dan falsafah pendidikan, sahsiah guru telah menjadi asas dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak, dan berdaya saing.
Maksud Sahsiah Guru
Sahsiah guru merujuk kepada keperibadian, akhlak, dan nilai-nilai yang perlu ada pada seorang pendidik bagi memastikan keberkesanan proses pembelajaran dan pembangunan sahsiah murid.
Sahsiah Guru dalam Sejarah Pendidikan
A) Pendidikan Tradisional
• Dalam sistem pendidikan Islam tradisional seperti pondok dan madrasah, guru dilihat sebagai murabbi (pendidik) yang bertanggungjawab bukan sahaja dalam ilmu tetapi juga dalam membimbing akhlak pelajar.
• Guru dihormati kerana ilmunya serta sikapnya yang berpegang kepada nilai-nilai moral tinggi.
b) Pendidikan Kolonial
• Semasa penjajahan, sistem pendidikan lebih bersifat akademik dan kurang menekankan pembentukan sahsiah.
• Walaupun begitu, guru masih menjadi agen penting dalam menyebarkan semangat kebangsaan dan nilai-nilai murni.
c) Pendidikan Moden
• Dalam sistem pendidikan moden, sahsiah guru menjadi keutamaan bagi memastikan pendidikan holistik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, dan psikomotor.
• Guru bukan hanya sebagai penyampai ilmu tetapi juga sebagai model kepada pelajar dalam aspek etika, moral, dan kemahiran sosial.
Falsafah Pendidikan dan Sahsiah Guru
a) Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
• FPK menekankan pembentukan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.
• Oleh itu, guru harus memiliki sahsiah yang baik agar dapat membimbing pelajar menjadi insan yang holistik.
b) Falsafah Pendidikan Islam
• Menekankan konsep ilmu sebagai satu ibadah dan guru sebagai insan yang berperanan dalam membentuk akhlak pelajar berdasarkan prinsip Islam.
• Guru perlu berakhlak mulia, sabar, penyayang, dan berintegriti bagi menjadi contoh kepada pelajar
C) Falsafah Pendidikan Barat
• Falsafah pendidikan seperti pragmatisme dan eksistensialisme menekankan kebebasan murid dalam pembelajaran, tetapi tetap memerlukan guru yang berdisiplin dan beretika sebagai fasilitator yang baik.
Ciri-ciri sahsiah guru yang baik
- Berintergriti
- Berdisiplin
- Penyayang
- Adil
- Berkemahiran dalam komunikasi
- Berakhlak mula