1 of 15

Slide Notes

DownloadGo Live

Presentation Sejarah

No Description

PRESENTATION OUTLINE

MATLAMAT RUKUN NEGARA

DISEDIAKAN OLEH : IRMA NURJANNAH BINTI MAZLANI
Photo by mkjr_

MASYARAKAT DEMOKRATIK

  • Memelihara cara hidup demokratik apabila rakyat bertindak melalui parlimen yang dilantik menerusi perlembagaan.
  • Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan berpolitik asalkan tidak melanggar undang-undang negara.
  • Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum.

MASYARAKAT LIBERAL

  • Ahli masyarakat bebas mengamalkan agama,adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan kepentingan perpaduan negara.
  • Ahli masyarakat bercita-cita mencipta satu masyarakat yang boleh menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.

MASYARAKAT PROGRESIF

  • Menegakkan satu masyarakat yang progresif mengikut kemajuan sains dan teknologi di samping mengamalkan nilai-nilai ketuhanan.
  • Masyarakat progresif adalah satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan perubahan dan kemajuan pada masa ini.
Photo by jesse orrico

MASYARAKAT ADIL

  • Mencipta satu masyarakat yang adil apabila semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara.
  • Masyarakat yang adil akan wujud apabila pihak yang lemah dan berkurangan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dan bebas daripada penindasan.

NEGARA BERSATU

  • Mencipta satu bangsa dan negara yang bersatu padu.
  • Setiap ahli masyarakat menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan atau kepercayaan.
  • Mereka juga mempunyai kesetiaan dan cinta akan negara.

PRINSIP RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA MEMPUNYAI LIMA PRINSIP YANG PERLU DIHAYATI OLEH RAKYAT MALAYSIA.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

  • Agama menjadi panduan hidup untuk membentuk keperibadian yang baik dan landasan dalam membina keharmonian kaum.
  • Perlembagaan Malaysia menetapkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan.
  • Agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram.
  • Kita perlu saling memahami dan menghormati serta bertoleransi dalam aspek keagamaan.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

  • Prinsip ini menjelaskan bahawa negara kita mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan.
  • Raja merupakan simbol penyatuan dan perpaduan rakyat berbilang kaum.
  • Pengamalan prinsip ini dapat melahirkan rakyat yang menghormati simbol kedaulatan negara, mematuhi undang-undang, berusaha untuk meningkatkan imej negara dan berani mempertahankan kedaulatan negara serta mempunyai ciri patriotisme yang teguh.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

  • Prinsip ini membawa maksud ketertinggian dan juga keagungan perlembagaan atau undang-undang.
  • Perlembagaan berfungsi memberikan perlindungan dan hak kepada setiap anggota masyarakat dalam negara.
  • Prinsip ini menekankan supaya rakyat dapat menerima, mematuhi dan mempertahankan kemuliaan perlembagaan.

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

  • Prinsip ini menuntut setiap rakyat menghormati undang-undang, tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang dan berusaha untuk menyokong penguatkuasaannya.
  • Rakyat perlu bertanggungjawab mempertahankan dan memelihara kedaulatan undang-undang daripada dicabar oleh mana-mana pihak demi mengekalkan kehidupan yang aman dan harmoni.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • Memastikan bahawa setiap rakyat perlu sentiasa bersopan santun, hormat-menghormati dan berakhlak mulia.
  • Kesopanan dan kesusilaan dapat menjamin hubungan baik sesama kaum agar terus kekal dipelihara.
  • Prinsip ini menjadi garis panduan yang perlu dijadikan amalan dan disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia.
  • Penghayatan nilai murni akan melahirkan suasana yang harmoni dan saling bertolak ansur.
Photo by Naz Amir

KESIMPULAN

  • Setiap rakyat Malaysia perlu menghayati sepenuhnya prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.
  • Prinsip Rukun Negara mampu memperkukuh dan mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia.
  • Oleh itu, Rukun Negara sangat penting sebagai peraturan dan norma hidup bagi mewujudkan perpaduan kaum di negara ini.

RUMUSAN

  • Usaha mewujudkan perpaduan memerlukan kesungguhan dan rasa bertangggungjawab semua rakyat Malaysia.
  • Seiring dengan ini,usaha memantapkan perpaduan dipupuk melalui rancangan pembangunan dan kemajuan ekonomi.
  • Usaha ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

Sekian , terima kasih :)

Photo by .ET.