1 of 14

Slide Notes

DownloadGo Live

Jantung

No Description

PRESENTATION OUTLINE

KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN JANTUNG

Photo by kevin dooley

APA ITU JANTUNG?

Jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai heart (Latin, cor) merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal dari perkataan Greek kardia untuk "jantung".

Dalam tubuh manusia, jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum). Ia diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g. Ia terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.

Photo by occhietto

Jenis penyakit jantung

1. Penyakit Jantung Koroner
Penyakit jantung koroner atau coronary artery disease (CAD) merupakan jenis penyakit jantung yang paling umum. Adanya penyakit jantung koroner ini disebabkan oleh pembentukan plak di sepanjang dinding arteri akibat proses akumulasi dari menumpuknya kolesterol atau lemak dalam jangka panjang.

Photo by Sean Davis

2. Aritmia

Aritmia merupakan masalah atau gangguan pada irama jantung yang dapat berdetak lebih lambat (bradikardia), lebih cepat (takikardia) atau tidak teratur akibat impuls listrik yang berfungsi mengatur detak jantung tidak bekerja sebagaimana mestinya. Gangguan pada detak jantung ini dapat meningkatkan risiko terjadinya stroke dan gagal jantung.

Photo by tedeytan

3. Kegagalan Jantung Kongestif

Kegagalam jantung kongestif atau congestive heart failure (CHF) bukanlah kondisi dimana jantung seseorang berhenti berdetak melainkan kegagalan jantung dalam memompa darah ke seluruh tubuh akibat kelainan pada otot-otot jantung.

Photo by Justin in SD

4. Penyakit Katup Jantung

Penyakit katup jantung menjadi salah satu dari macam-macam penyakit jantung lainnya. Kondisi ini terjadi akibat adanya kelainan atau masalah pada salah satu atau lebih dari keempat katup jantung yang ada. Katup jantung sendiri berfungsi untuk memastikan bahwa aliran darah yang berasal dari seluruh tubuh dapat berjalan seirama secara satu arah, baik itu yang berada di dalam jantung maupun yang keluar dari jantung.

5. Kardiomiopati

Kardiomiopati merupakan kelainan pada otot jantung (otot kardiak) yang menyebabkan ukuran dan bentuk otot jantung menjadi mengeras (restriktif), membesar atau menebal (hipertropik). Kelainan ini secara langsung dapat menganggu fungsi jantung dalam mengepam darah ke seluruh tubuh.

Photo by Enderst07

6. Penyakit Jantung Bawaan

Penyakit jantung bawaan atau kelainan jantung kongenital merupakan satu keadaan kelainan jantung pada bayi sejak dalam kandungan dan kemungkinan penyakit ini terjadi adalah 1 dari 100 kelahiran.

Photo by Muhd Asyraaf

Penyebab Penyakit Jantung

1: Menghisap rokok secara tidak terkawal merupakan punca utama berlakunya sakit jantung.
- Bahan-bahan kimia terutamanya nikotin dan asap rokok akan mempercepat pembekuan darah, menggalakkan pemendapan lemak pada dinding jantung, maka mengurangkan bekalan oksigen kepada jantung.
- Selagi saluran-saluran darah di dalam jantung seperti arteri koronari menjadi sempit dan tersumbat, individu akan menghidapi penyakit darah tinggi yang juga dikenali sebagai hipertensi dan sesak bernafas

Photo by Dunechaser

2: Cara pengambilan makanan yang tidak seimbang

- Corak pemakanan rakyat yang gemar akan makanan segera dan makanan bergoreng di restoran-restoran dikenal pasti memudaratkan kesihatan
- Pengambilan lemak yang terlalu tinggi seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak turut membebankan jantung manusia serta menggugat kesihatan kita
- Bukan itu sahaja, pemakanan yang berlebihan daripada keperluan dan pengambilan makanan suplemen/sampingan yang tidak betul akan menyebabkan sakit jantung.

Photo by just_the_way


3: Gaya hidup yang tidak sihat

- Kurang bersenam, sering terdedah kepada kehidupan yang penuh dengan tekanan, penderaan emosi seperti sedih atau marah juga akan menjejaskan kesihatan.
- Manusia dalam era pemodenan dan globalisasi terutamanya golongan remaja sering duduk di depan komputer beberapa jam berturut-berturut tanpa rehat - selalu mengamalkan tabiat tidur lewat - menjejaskan fungsi organ seperti otak, hati dan jantung.

Cara mengelakkan penyakit jantung

  • Lakukan saringan kesihatan 2-3 kali setahun
  • Kekalkan berat badan ideal
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Bersenam seminggu 3kali
Photo by monky.cl

ahli kumpulan

  • Arfa Nadia Ariesya
  • Nurul Afiqah
Photo by AntMan3001